Teman pena..

Saturday, August 18, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri

Saya bukan lah budak seni
yang pandai menangkap gambar atau mengedit gambar

Saya bukan lah budak media
yang pakar berkata kata dihadapan video 

Saya bukan lah seorang yg fotogenik
malah tak pandai posing posing ni sangat

Saya memang penari 
tapi hanya penari tradisional yg biasa biasa sahaja

saya bukan lah bagus sangat
kerana saya ni takut dan pemalu

tapi saya hanya mampu menggunakan apa sahaja yang saya tahu, apa yang saya pelajari untuk berkata  kata atau melakukan nya apa sahaja agar ia menjadi yg terbaik


esok konfem kita dah raya,
ini sahaja dari saya

pagi esok berbaju raya,
Selamat Hari Raya

Makan lemang dengan rendang
Semoga Syawal disambut dengan riang.


Saya SHAKIRIN AZIM disini
ingin mengambil peluang ini
menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf
jika ada salah dan silap
terkurang, terkasar mahupun tergures hati
sepanjang persahabatan atau perkenalan kita ini.

sesungguhnya Manusia tidak lari dari membuat kesilapan
dan sesungguhnya ikhlas saya memohon maaf daripada anda semua.

Saya juga memaafkan semua org yg mengenali saya.
sesungguhnya bulan mulia, hari mulia, kita eratkan lagi silaturrahim
dengan harapan itu akan berlaku (amin)

Semoga anda semua bergembira bersama sama keluarga dan siapa yg pulang ke kampung semoga berhati hati dijalan raya
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

^_^




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments:

Post a Comment