Teman pena..

Tuesday, April 14, 2015

The Fixi - ASRAMA - Muhammad Fatrim - Review Ku.

Assalamualaikum

Blog kali ni aku nak kongsi a REVIEW of ASRAMA - Fixi.Hasil Nukilan: Muhammad Fatrim.

ASRAMA HASIL NUKILAN MUHAMMAD FATRIM


Sinopsis

Mengisahkan mengenai Dahlia yang ingin bertukar sekolah dari sekolah asrama penuh ke sekolah biasa. Dia merupakan anak kepada Rashid dan Kalsom seorang yang pandai dan berani ingin mencuba sesuatu suasana yang baru.

Di tempat baru dia mengenali dengan rakan sebiliknya, May, Farah dan Lena yang akhirnya menjadi sahabat baik. Pelbagai kejadian pelik dan kes buli yang berlaku didalam Asrama puteri itu. Dahlia mengenali dengan Geng Puteri dan Geng Princess yang selalu saja membuli Dahlia dan kawan kawannya.

Dahlia juga mengenali Maria, rakan sekelasnya, dan juga Adam , Ketua kelas Dahlia yang Dahlia juga menaruh hati padanya.

Cerita ini menjadikan anda tanda tanya yang banyak apabila berlakunya satu ritual yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Dahlia.

Perkara yang akan membuat anda terfikir sepanjang penceritaan itu hingga ke akhir ialah:
1. Ritual apakah yang dilakukan oleh Dahlia?
2. apa sebenarnya terjadi kepada Sarah?
3. Siapakah Ira dan juga Maria?
4. Apakah yang Lena, May, dan Farah sorokkan?
5. Siapakah Angelica?
6. Kenapa perkara aneh berlaku kepada Dahlia juga dan bukan sahaja kawan dia sahaja?
7. Apakah kesudahannya?
8. Siapakah pengait?

Kesudahan cerita agak menarik dan boleh diagak juga tetapi apabila sampai dihujung penceritaan. Penutup yang baik dan jalan cerita nya tidak terlalu mengelirukan dan senang tuk difahami.

Penceritaan berlaku di Negeri Sabah DiBawah Bayu. Melibatkan pelbagai suku kaum dan agama. Mengambil konsep seram.


Keseluruhan, Saya beri 4 / 5 Bintang.

harus anda baca hasil karya Muhammad Fatrim.

Aku ambik masa 3 hari tuk habis cerita ini. Next ialah LARI - Mim Jamil

No comments:

Post a Comment