Teman pena..

Thursday, May 16, 2013

Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khalwat. ???





Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap 

Khalwat. Siapakah?? | SHAH ALAM – Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan kena tangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini, Khamis.

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

“Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.

Psst, siapakah?

UPDATE-1: Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang pelakon lelaki terkenal ini di’tangkap khalwat bukan bersama tunang’nya.




P/s: mengikut kajian sekejap tdi yg dilakukan secara rawak oleh aku , kalo kata artis lelaki yg bertunang pada disember dan 25 tahun...ada sorg yg aku jumpa...HINT :duk selangor..(nama tk boleh disebut..bahaya...)

No comments:

Post a Comment