Teman pena..

Wednesday, March 13, 2013

7 thing dont do after eat (versi BM)



7 PERKARA JANGAN BUAT SELEPAS MAKAN!!




1. Jangan merokok.


-Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan 

bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit 

lebih tinggi.



2. Jangan makan buah-buahan.


-Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk 

tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambil 1-2 jam selepas makan atau 1jam 

sebelum makan.



3. Jangan minum teh.

-Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan 

kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.



4. Jangan melonggarkan tali pinggang.

-Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.



5. Jangan mandi.

-Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah 

darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam 

perut kita.


6. Jangan banyak berjalan.

-Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang 

sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran 

bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita 

ambil.


7. Jangan terus tidur.


-Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di 

dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.

No comments:

Post a Comment