Teman pena..

Thursday, May 30, 2013

Tanda Putera ??? Siapa?

Assalamualaikum
Salam Jumaat

Pagi ni sedang aku OTW nak ke tempat kerja, sudah menjadi azali tuk aku tuk mendengar siaran radio ERA.Fm. tgh syok tadi, aku sedang mendengar berita mengenai sebuah filem SHUHAIMI BABA – TANDA PUTERA

TANDA PUTERA??

Untuk setengah org , mungkin perkara ini telah lama anda tahu…tapi bagi aku … ini pertama kali aku mendengar mengenai nya. Disebabkan sudah dua tiga hari aku mendengar, jadi aku pun cuba mengGOOGLE mengenai TANDA PUTERA.

Jeng Jeng Jeng

Ini lah dia …



Sedikit Sinopsis…
*TQ kepada Wikipedia

                Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. Beliau juga bimbangkan keselamatan negara pada ketika itu. Mereka berdua juga telah berkongsi doktor melalui Dr. Macpherson (lakonan Ali Steven Shorthose). Bilik bacaan di rumah Tun Dr. Ismail telah dijadikan klinik rahsia untuk rawatan mereka tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr. Ismail sendiri.

                Mereka memiliki aura yang kuat serta kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah (lakonan Ika Nabila), tenaga pengajar Kara (lakonan Kavita Sidhu), dan seorang anak muda Zaman (lakonan Ahya U). Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail telah mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.
                Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Abdul Razak bersyukur kerana rakan baiknya iaitu Tun Dr. Ismail yang juga dianggap sebagai orang kepercayaannya, bersifat jujur dan berintegriti akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Tun Abdul Razak juga yakin Tun Dr. Ismail akan dapat menunaikan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi, apabila terjadinya perkara yang tidak disangka-sangka olehnya, Tun Abdul Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.
                Beliau telah mula mengejar masa untuk melaksanakan pelbagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak komunis yang menyasarkan pembunuhan pemimpin tertinggi daripada jabatan polis. Krisis ini telah menjadi teruk apabila berlakunya pembunuhan Ketua Polis Negara (lakonan Norman Hakim) diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan menjadi semakin meruncing.
                Tun Abdul Razak telah mengambil langkah yang lebih berani dengan membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walaupun dia dikecam oleh kuasa barat dan negara sekutu. Dalam masa yang singkat, Tun Abdul Razak telah membawa rakyat yang miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman untuk keluar dari tahap kemiskinan tegar. Tun Abdul Razak juga telah menanam semangat baru di dalam diri Zaman, Zarah serta rakan-rakan mereka.
                Namun, perjuangan Tun Abdul Razak berakhir di sebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia sedang berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya, Nazir buat kali terakhir. Selepas itu, semua rakyat di Malaysia telah mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ke tanah air.


Cerita ini yang pada mulanya patut keluar pawagam pada September 2012 telah berlaku tentangan kerana dikatakan melibatkan POLITIK. Cerita ini melatar belakangkan kisah PERISTIWA 13 Mei 2013.

Pendapat Saya:
Saya amat bersetuju dengan saranan dari Menteri Multimedia kita apabila diminta membenarkan cerita TANDA PUTERA ini disiarkan.(ini kerana sebelum ini telah dihalang dan disekat)
Kisah Kisah Sejarah mengenai Malaysia haruslah dipertontonkan kepada anak muda kerana mereka ini kurang mengetahui selok belok,liku hidup dan keadaan semasa dahulu. Jangan lah Politik dahulu menjadi titik penghalang bagi perkara ini untuk berlaku…bebaskan agar dapat dikongsi bersama.

SHUHAIMI BABA juga tidak pernah menghampakan saya dengan menghasilkan sebuah filem sejarah yg efektif dan hebat. Walaupun effect yg biasa tetapi ia member kita kenangan dan impak pada perasaan sebenarnya lebih penting * itu pun bergntung bagaimana anda menghayati cerita tersebut *-*
Salah satu cerita yang mengkagumkan ialah HATI MALAYA 1957.
 Saya pasti cerita ini tidak akan menghampakan kita unutk mengenali sejarah.

^_^
X sabar lak tunggu cerita ni kuar pawagam, nak tengok



No comments:

Post a Comment