malam ni cukup berangin
sejuk saje duduk didepan pintu rumah
sambil menaip
meniup angin segar
bukan senang nak lihat bnyk bintang diwaktu mlm
terutamanya di bandar, KL dan Petaling Jaya
sekarang aku di Melaka
di Lendu
tempat ku belajar
tapi aku kat umah sewa
aku suka tgk langit
kenapa aku suka tgk langit?
pasal langit tu luas sgt
bila kita mendongak ke atas
kita pandang kiri kanan depan belakang semua nya
kita nampak langit
bila pagi ku dpt lihat cahaya matahari
awan
kdg kdg kapal terbang melintas
UFO lum lagi lah pernah aku tgk
haha
bila malam aku lihat
bulan
bintang yg bertaburan di langit
bintang cahaya malam
bulan penerangnya
bila hari nak hujan
kita dpt lihat awan berkumpul
awan bergerak laju bila angin kuat
rasa angin
bentuk bentuk awan
semua tu keajaiban tuhan
ALLAH
seronok
dan ada masa nya
disitu kita lihat diri kita sebenarnya
aku suka lihat permandangan
bukan sahaja sebagai penenang kepada kita
tapi ade masa nya tuk kita bersendirian
berckp dgn mereka
haha bukan bermaksud gila
tapi bercakap untuk diri kita
org kata muhasabah diri
hmmm bandar susah nak tgk bintang banyak, semua nya da tutup ngan awan
kalo ade pun hanya satu dua je
sayangi lah ciptaan tuhan selagi ia masih lagi cantik
kerana lepas ni kita da tak jumpa daa
salam
No comments:
Post a Comment