Assalamualaikum…
Bertemu lagi dlm warkah kali ni… da lama jugak tak menaip ni… busy..hehe
Setelah menyepi hampir dua bulan dari blog ku ini, hari ni aku nak tulis gak something inside my blog.
Senjak bertapak nya aku sem ni di Melaka...ye la da start study balik for sem 5. Sentiasa ade sahaja perkara yg perlu aku langsaikan dan lunaskan. Me as one of the MT Media (my faculty club) , perlulah menghadirkan diri dan menyertai segala event yg da ditetapkan. Salah satunya adalah lawatan ke UiTM Perlis n sekitarnya la. Seronok jugak sebenarnya. Tak pernah ke perlis lagi sebelum ni, so bila ade peluang tu, better kita ambil. one more is Induction Part one Account bersama lecturer. Ini antara gambar2 untuk tntonan semua..
Second is Team Building. Team building ni dinamakan Dr Forest Camp atau kem Tasik Biru. Tempat dia… CANTIK… org nya… biasa la kan team building kan… so ade la pahit, manis dan tawar dia…mula mula tu cm biase laaa but masuk second day semua… team building seronok sebenarnya… dpt mencuba benda baru yg tak pernah buat sebelum ni..kita akan dpt merasa kat sana…benda yg kita sangka jijik dan kotor, kat sini la baru kenal erti alam itu cm mana.
Not only Media ada aktiviti, kali ni diriku sendiri memegang jawatan besar dlm Sencetra. Walaupun ketiadaan idol ku..Pj, Jaz.. Sencetra tetap kena teruskan. So kali ini Kirin ,Angah dan Pinat memegang tanggungjawab besar untuk handle budak budak kali ni. Walaupun dengan kamirah yg tak seberapa…tetap perlu kuteruskan perjuangan Sencetra. Aku sendiri pun masih belajar.
So every sem, akan ade la Audition Sencetra for tradisional dan Moden. Alhamdulillah, sambutan kali ni meriah, tapi org yg dtg menonton actually lagi meriah…haihhh… so dpt la beberapa orang junior sencetra for tradisional dan moden. Ade yg bagus dan ada yg masih lemah, tapi apa yg membanggakan aku ialah semangat mereka tuk belajar.
Second is KARYA..event kebudayaan yg pertama aku pernah take part secara keseluruhan jugak. Aku just membantu dibawah Nora. Event Karya ini berlangsung pada hari rabu malam sepanjang tiga minggu berturut turut.alhamdulillah, dengan berkat murni, dan kerjasama semua pihak dari Sencetra, Sepresi, Chemical X dan Kesenian. KARYA Berjaya membawa sesuatu kepada Uitm Melaka dan kepada kami. KARYA merupakan batu asas tuk kami lebih berkarya selepas ini. So tunggu untuk Drama Muzikal Raya Amal. Hehee promote lak aku ni..
Aku bangga ngan kebudayaan kali ni, bangga dengan sencetra. Dlm masa yg pendek, masa yg singkat mereka masih dpt menghasilkan sebuah persembahan yg bertenaga. Buat sekian kali nya, dihidupkan semula tarian Dondang asli semasa aku masuk sencetra, kali ni perfect jugak mereka buat, walau ade salah sikit je. Ade budak da tunjuk peningkatan dalam diri masing masing. Even masalah sentiasa ade didalam sencetra itu sendiri, tekad aku tuk belajar dan bersama mengajar dengan mereka menjadi penguat tuk aku teruskan, dengan ade org yg sentiasa membantu disekeliling.
Masalah sentiasa akan ada didalam mana mana sekalipun organisasi tu…jadi kita kenalah bertindak pantas untuk selesaikannya. Kirin sendiri mana suka masalah.. kalo bole ingin sesuatu yg tenang dan sama sama boleh kita belajar bersama. Tapi sekarang keadaan makin lama makin kalut…
Keadaan makin lama makin berubah, system akan berubah juga… jadi aku da cube terbaik unutk member tunjuk ajar sebaik mungkin… busy mungkin tak pernah jauh dari aku, kalo wat keje last minit, jadi busy jugak aku. Mungkin aku da terbiasa membusy kan diri sendiri… kalo duk senyap tak tahu nak wat pe. Tapi bila kita sudah berada didalam bnyk kelab maka pandai la kita menghandle kan masa tu elok elok. Bukan susah pun, bukan salah masa training tak tentu ke or masalah terlebih limit. Masuk bnyk kelab merupakan keinginan masing masing bukan paksaan dari mana mana pihak maka anda sendiri kena pandai uruskan masa sendiri.
Sesungguhnya, apa yg aku katakan ini bukan nak menunjuk atau mengherdik atau menfitnah atau memaki sesapa, tapi hanya la luahan hati sendiri dan pendapat ku sendiri. Sesungguhnya yang baik itu dtg dari Allah swt dan yg buruk itu dating dari saya sendiri. Bersempena kan kita da masuk bulan pose ni
Saya SHAKIRIN AZIM ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK kepada semua yg mengenali diri ini. Didalam bulan mulia ini, kirin nak mohon ampun dan maaf jikalau kirin ade terkasar bahasa, perbuatan dan laku yg menyinggung anda semua.
Berharap kita mendapat berkat bersama dibulan Allah ini, agar kita sentiasa disayangi dan diampun kan segala dosa, amin.
ASSALAMUALAIKUM.
(nak tunjuk gamba tapi bnyk lum dikutip lagi, hehe sorry)
No comments:
Post a Comment